Bai’ah Aqabah Pertama
Bai'ah atau dikenali sebagai perjanjian atau ikrar setia. Pada musim haji tahun ke 12 kenabian bersamaan Julai tahun 621 masihi, datanglah 12 orang lelaki menemui Rasulullah s.a.w di Aqabah , Mina. Dalam pertemuan itu mereka telah berjanji setia sebagaimana bai’ah para wanita yang mana kandungan janji setia itu sejajar dengan bai’ah yang diberikan kepada kaum wanita kepada Nabi s.a.w semasa pembukaan Mekah.
Diriwayatkan oleh Al Bukhariy daripada Ubadah bin Samit bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Marilah berbaiah kepadaku bahawa kamu tidak akan mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anakmu, tidak membawa cerita-cerita fitnah dari hadapan dan belakang kamu dan tidak akan menderhakaiku dalam kebajikan. Barangsiapa daripada kamu yang menunaikan bai’ah ini maka Allah akan me,berikan ganjarannya. Barangsiapa yang terlanggar sesutu daripadanya lalu dihukum semasa didunia, maka itu adalah sebagai penebusnya (kaffarah). Barangsiapa yang terlanggar sesuatu daripadanya lalu allah menutupnya, maka urusannya terserah kepada Allah, jika Dia mahu Dia akan menyeksanya dan jika Dia mahu Dia akan mengampunkannya.” Kata Ubadah: “lalu kami pun membai’ah atas perkara tersebut.”
Selepas selesai bai’ah ini dan musim haji pun berlalu, maka Nabi s.a.w mengutuskan bersama kumpulan yang berbai’ah ini seorang dutanya yang pertama ke Yatrib yang kini dikenali sebagai Madinah. Baginda memilih seorang anak muda dikalangan yang terawal memeluk Islam iaitu Musab bin Umayr al Abdariy r.a. Tujuannya ialah untuk mengajar orang-orang Islam disana tentang syariat-syariat Islam serta memperdalamkan kefahaman mreka terhadap Islam. Duta ini juga berperanan sebagai penyebar Islam kepada mereka yang masih dalam kesyirikan.
Bai’ah Aqabah Kedua
Pada musim haji tahun ke 13 kenabian bersamaan 622 masihi telah kembali Musab bin Umayr ke Mekah. Bersamanya lebih 20 orang Muslim dari Madinah untuk menunaikan ibadat haji dan datang bersama mereka juga jemaah haji dari kalangan kaum mereka yang masih syirik
Justeru, apabila mereka sampai ke Mekah berlakulah perhubungan rahsia antara mereka dengan Nabi s.a.w yang membawa persetujuan dua pihak untuk berkumpul pada pertengahan hari-hari Tasyriq disautu lorong Aqabah tempat letaknya Jamrah al Ula di Mina. Mereka bersetuju bahawa pertemuan itu akan diadakan secara rahsia.
Ka’ab bin Malik al Ansari telah menceritakan bahawa pada malam itu beliau tidur bersama kaum beliau pada tempat persinggahan. Sehingga waktu sepertiga malam mereka pun keluar secara sembunyi-sembunyi untuk berkumpul di lorong Aqabah. Mereka berjumlah 70 orang lelaki dan 2 orang wanita iaitu Nusaybah binti Ka’ab dan Asma’ binti Amru bin Udiy. Mereka tunggu disana sehingga Rasulullah tiba bresama bapa saudaranya Al Abbas bin Abdul Mutalib dan pada masa itu Al abbas masih lagi mengikut agama kaumnya, tetapi dia ikut serta mahu mengetahui urusan Nabi saw dan menjaga keselamatannya. Dan dialah orang yang mula-mula bercakap.
Tujuan percakapan beliau ialah untuk menerangkan betapa seriusnya tanggungjawab yang dipikul apabila bersetuju mengikut perjanjian ini.
Butir-butir bai’ah tersebut diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah secara terperinci sebagaimana sabda Nabi s.a.w: "Dengar dan patuh sama ada semasa rajin atau malas, sanggup mengeluarkan belanja semasa susah atau senang, menyuruh melakukan kebaikan dan melarang kemungkaran, menegakkan tanggungjawab Allah tanpa menghiraukan celaan orang yang mencela, menolong aku apabila aku datang kepadamu dan mempertahankan aku sebagaimana kamu mempertahankan diri, isteri dan anak pinak kamu. Dan untuk kamu balasannya syurga."
Setelah selesai perbincangan tentang syarat-syarat bai’ah, mereka pun sudah sekata untuk melaksanakan bai’ah tersebut. Maka bermulalah pelaksanaan bai’ah dengan cara berjabat tangan. Adapun bai’ah oleh dua orang wanita yang turut sama dalam peristiwa itu hanya dalam bentuk lisan sahaja, kerana Rasulullah saw tidak pernah berjabat tangan dengan wanita yang bukan muhrimnya.
Bai'ah Aqabah Kedua ini dikenali sebagai Bai'ah Aqabah Al Kubra (terbesar) yang berlangsung dalam suasana yang dinaungi oleh perasaan cinta dan kesetiaan serta tolong-menolong dikalangan orang Mukmin. Disamping ianya turut diselubungi kepercayaan, keberanian & kenekadan untuk berada dalam perjuangan ini. Orang Mukmin dikalangan penduduk Madinah meneruh belas kasihan kepada saudaranya yangMukmin dari kalangan penduduk Mekah yang tertindas dan dengan kuat dibela saudaranya itu. Justeru, dalam perasaan belas kasihan ini terpasaklah perasaan kasih kpd saudaranya semata-mata kerana Allah.
Perasaan dan emosi ini bukannya disebabkan oleh semangat yang dating tiba-tiba kemidian hilang setelah beberapa hari. Malah ianya didorong oleh keimanan kpd Allah, Rasul & Kitab-Nya. Iman itu tidak hilang apabila berhadapan dengan mana-mana kekuatan zalim dan permusuhan. Iman itu apabila angina bertiup maka ia akan membawa keajaiban-keajaiban sama ada pada akidah da amalan. Dengan iman ini orang Islam berupaya merakamkan dalam lipatan sejarah jasa dan baktinya, & mereka tinggalkan peninggalan yang tiada tolok bandingnya disepanjang masa.
Sekian…
Thursday, March 27, 2008
Saturday, February 23, 2008
PERKAHWINAN DENGAN KHADIJAH
Apabila baginda pulang ke Mekah, Khadijah mendapati keuntungan hartanya hasil daripada sikap amanah dan keberkatan yang tidak pernah dirasainya sebelum itu. Hambanya, Maysrah memberitahu apa yang dilihat tentang Rasulullah s.a.w, iaitu peribadi yang menarik, akhlak yang mulia, fikiran yang tajam, tutur kata yang benar serta perilaku yang amanah. Khadijah merasakan bahawa apa yang dicarinya selama ini sudah ditemui-sebelum itu orang-orang kenamaan dan para pemimpin telah berusaha melamarnya tetapi telah ditolak olehnya. Lalu hasratnya itu disampaikan kepada seorang temannya iaitu Nafisah binti Muniyyah. Nafisah pun pergi kepada Rasulullah s.a.w dan memberitahu hasrat Khadijah hendak mempersuamikannya. Rasulullah s.a.w bersetuju dengan cadangan itu serta memberitahu bapa-bapa saudaranya.
Kemudian bapa-bapa saudaranya pergi kepada bapa saudara Khadijah untuk melamarnya. Ekoran daripada itu berlangsunglah perkahwinan mereka. Majlis perkahwinan itu dihadiri oleh Bani Hashim, pemimpin-pemimpin Bani Mudar. Perkahwinan itu berlangsung selepas dua bulan baginda kembali dari Syam. Baginda telah menghantar dua puluh ekor unta muda sebagai mas kahwin. Ketika itu umur Khadijah empat puluh tahun dan dia adalah wanita paling terhormat dikalangan kaumnya dari segi keturunan, kekayaan dan kepintaran. Dialah wanita yang pertama dikahwini oleh Rasulullah s.a.w dan Rasulullah s.a.w tidak berkahwin dengan wanita lain sehinggalah Khadijah meninggal dunia.
Semua anak Rasulullah s.a.w dilahirkan oleh Khadijah, kecuali Ibrahim. Anak sulung Rasulullah s.a.w yang dilahirkan oleh Khadijah ialah al-Qasim, dan dengan nama inilah baginda digelar Abu al- Qasim, kemudian Zaynab, Ruqayyah, Ummu Kalthum, Fatimah dan Abdullah. Abdullah diberikan gelaran al-Tayyib dan al- Tahir. Semua anak lelaki baginda mati semasa kecil. Anak-anak perempuannya semuanya sempat memeluk Islam dan berhijrah, akan tetapi mereka semuanya meninggal dunia semasa Rasulullah s.a.w masih hidup kecuali Fatimah r.a yang meninggal dunia enam bulan selepas kewafatan baginda s.a.w.
Kemudian bapa-bapa saudaranya pergi kepada bapa saudara Khadijah untuk melamarnya. Ekoran daripada itu berlangsunglah perkahwinan mereka. Majlis perkahwinan itu dihadiri oleh Bani Hashim, pemimpin-pemimpin Bani Mudar. Perkahwinan itu berlangsung selepas dua bulan baginda kembali dari Syam. Baginda telah menghantar dua puluh ekor unta muda sebagai mas kahwin. Ketika itu umur Khadijah empat puluh tahun dan dia adalah wanita paling terhormat dikalangan kaumnya dari segi keturunan, kekayaan dan kepintaran. Dialah wanita yang pertama dikahwini oleh Rasulullah s.a.w dan Rasulullah s.a.w tidak berkahwin dengan wanita lain sehinggalah Khadijah meninggal dunia.
Semua anak Rasulullah s.a.w dilahirkan oleh Khadijah, kecuali Ibrahim. Anak sulung Rasulullah s.a.w yang dilahirkan oleh Khadijah ialah al-Qasim, dan dengan nama inilah baginda digelar Abu al- Qasim, kemudian Zaynab, Ruqayyah, Ummu Kalthum, Fatimah dan Abdullah. Abdullah diberikan gelaran al-Tayyib dan al- Tahir. Semua anak lelaki baginda mati semasa kecil. Anak-anak perempuannya semuanya sempat memeluk Islam dan berhijrah, akan tetapi mereka semuanya meninggal dunia semasa Rasulullah s.a.w masih hidup kecuali Fatimah r.a yang meninggal dunia enam bulan selepas kewafatan baginda s.a.w.
Subscribe to:
Posts (Atom)